Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Nabil kemalangan lagi


INI bukan kali pertama dia kemalangan motosikal tetapi seingat Joyah sudah dua kali Nabil ‘cium’ jalan dek penangan motor kesayangannya itu. Sebelum ini dia nyaris maut apabila tercampak selepas motosikal yang ditunggang terbabas di Bukit Jelutong, Shah Alam.

Malah kekasih kepada Irma Hasmie itu juga terkena penghadang jalan dan mengakibatkannya cedera ringan pada bahagian siku dan kaki.

Kali ini Nabil dikatakan mengalami bengkak-bengkak di beberapa bahagian badan apabila motosikal berkuasa tinggi yang ditunggangi terbabit dalam satu kemalangan di Damansara, Selangor, Rabu lalu.

“Nasib baik dia tidak cedera teruk dan selepas pemeriksaan lanjut, Nabil tidak mengalami kecederaan dalaman,” kata Irma.

Semasa kejadian baru selesai prebiu filem Kecoh Betul dan dalam perjalanan pulang ke kampung di Negeri Sembilan untuk menziarahi seorang ahli ahli keluarganya yang meninggal dunia.

Joyah ingat baru sahaja berkira-kira nak tumpang motosikal besar Nabil,nampaknya terpaksalah dibatalkan sahaja,seramlah.

Nasihat Joyah pada Nabil, berhati-hatilah, bawak motor jangan ikut sedap pulas saja, kena berpada-pada.

Ada orang cakap Nabil kena mandi bunga sebab dah dua kali jatuh motor. Tapi bukankah mandi bunga selalu dikaitkan dengan jodoh? Irma Hasmie nak komen apa-apa tak?
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails