Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Siti luaskan empayar



MENGIMBAS perjalanan karier wanita kelahiran Kuala Lipis, Pahang ini, pasti ada yang tertanya apa lagi yang dia mahukan. Dia merupakan seorang penyanyi yang tersohor di Malaysia dan disayangi ramai yang memiliki pelbagai anugerah sepanjang 15 tahun dalam lapang seni ini yang mencantikkan resumenya.

Dia turut memiliki syarikat produksi sendiri, sudah mengadakan persembahan di pelbagai pentas bertaraf antarabangsa, Datuk Siti Nurhaliza seakan sudah memiliki segalanya yang ingin dicapai oleh seseorang yang bergelar artis.

Namun, seakan belum puas, Siti kini melebarkan empayar jenama Siti apabila baru-baru ini dia mula memasarkan produk kecantikannya sendiri yang dinamakan SimplySiti.

Usahanya bukanlah angan-angan kosong atau sekadar ada sahaja, tetapi isteri kepada Datuk Seri Khalid Jiwa benar-benar berusaha gigih bagi memasarkan produknya ini sehingga ke pasaran yang lebih luas.

Walaupun baru sebulan berada di pasaran dan setakat ini hanya boleh didapati di Watson, namun sambutan pembeli menurut Siti agak menggalakkan malah mencapai sasaran mereka.

Manakan tidak, Siti sendiri selaku Presiden SimplySiti Sdn. Bhd., turut turun padang bagi menjayakan promosi bergerak yang diadakan di seluruh negara dan telah bermula dengan lokasi pertama di Kuantan, Pahang pada 7 April lalu.

Menjelajah ke Kuantan diikuti dengan Seberang Perai dan Ipoh, Perak, SimplySiti terus bergerak menuju ke One Utama, Kuala Lumpur bagi mendekatkan pembeli dengan produknya itu.

Tarik ribuan pembeli

Ternyata pengaruh pelantun suara Biarlah Rahsia ini begitu kuat apabila di setiap lokasi promosi bergerak diadakan, ia berjaya menarik ribuan peminat yang bukan sekadar ingin melihat kelibat artis kesayangan mereka, tetapi turut membeli produk SimplySiti itu.

Walaupun Siti ketika ditemui jelas kurang sihat, namun kerana komited dengan usahanya, dia tetap turun padang mempromosikan SimplySiti disamping menghiburkan peminat-peminat yang hadir pada petang itu.

Tersenyum ceria ketika ditemui di lokasi promosi bergerak di One Utama baru-baru ini, Siti melahirkan rasa puas hati dengan pasaran produk kecantikan sulungnya buat masa ini.

"Syukur Alhamdulillah walaupun SimplySiti baru sahaja dipasarkan, sambutannya melebihi sasaran dan Siti berharap ia akan terus konsisten lalu mencapai sasaran yang seterusnya.

"Selepas ini kami akan mengadakan promosi bergerak ke Melaka bermula 19 Mei ini dan Siti harap sambutannya turut menggalakkan seperti hari ini.

"Siti dan rakan kongsi kini turut merangka strategi untuk memasarkan produk ini ke Indonesia, Singapura dan Brunei," ujarnya ketika ditemui baru-baru ini.

Selain Watson, SimplySiti yang terdiri daripada produk penjagaan kulit dan kosmetik, kini boleh didapati di beberapa buah pusat membeli-belah Jusco seperti di Jusco Alpha Angle, Kuala Lumpur dan ia akan mula dijual di dalam Parkson dalam masa terdekat ini.

Dikatakan klise, selalunya produk yang dipromosikan oleh seseorang artis itu belum tentu mereka menggunakannya sendiri.

Rahsia jelita Siti

Namapun artis. Mestilah mereka akan menggunakan pelbagai produk yang lebih terkenal yang menjanjikan kecantikan yang pasti.

Namun, ia disangkal oleh Siti kerana menurutnya dia memang pengguna produknya sendiri, malah dia terlibat dari awal, seawal proses kajian, pemilihan warna, kandungan dan pelbagai lagi dalam proses menghasilkan SimplySiti ini.

"Contohnya warna gincu SimplySiti, ia memang warna pilihan Siti sendiri dan ia adalah warna-warna yang selalu Siti pakai ke majlis-majlis dan nama-namanya pun Siti yang beri.

"Dalam menjual sesuatu produk, mestilah kita mahukan yang terbaik dan Siti memang memakai produk-produk ini.

"Antara produk kegemaran siti ialah krim Simply 5 yang amat memudahkan kerja Siti kerana ia mempunyai pelbagai fungsi dalam satu seperti bedak asas, pelembab wajah, penahan sinaran cahaya dan lain-lain," terangnya.

SimplySiti yang menggunakan teknologi Korea ini sesuai untuk semua lapisan umur dan dijamin halal dengan pengesahan daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Produk Simpylisiti yang terdiri daripada alat solek dan produk kecantikan boleh didapati di Watson dengan harga produknya bermula serendah RM18.90 sehingga RM69.90.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails