Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Wendy Wong tidak tukar e-mel

KEJADIAN e-mel milik seseorang individu yang diceroboh oleh pihak-pihak tertentu dan kemudiannya digunakan untuk tujuan menipu orang ramai bukan satu perkara yang asing sekarang. Terbaharu, kejadian tersebut telah menimpa penerbit dan pelakon Wani Wendy Wong Abdullah atau lebih dikenali sebagai Wendy apabila ada pihak yang tidak dikenali telah menggunakan akaun e-melnya untuk meminta sejumlah wang daripada kenalannya. Wendy yang ditemui ketika sidang akhbar di pejabat Wisma MCA, Kuala Lumpur baru-baru ini berkata, dia telah mendapat panggilan telefon daripada beberapa orang kenalannya yang mahu menghulurkan bantuan setelah mereka mendapat e-mel daripadanya yang dikatakan sedang terkandas di Sepanyol. Namun, penerbit program Kisah Benar itu menafikan menghantar e-mel tersebut, sebaliknya dia menegaskan ada individu lain yang melakukannya dengan menggunakan alamat akaun e-mel peribadinya. Ikuti temu bual Kosmo! bersama Wendy yang turut ditemani Ketua Biro Aduan/Perkhidmatan Awam MCA, Datuk Michael Chong pada sidang akhbar tersebut. Kosmo!: Boleh Wendy ceritakan perkara sebenar yang telah berlaku? WENDY: Pada 5 Julai lalu saya ada menghantar komputer riba milik saya di sebuah kedai di Mid Valley, Kuala Lumpur untuk dibaiki dan ia siap dalam tempoh dua minggu. Kemudian pada 29 Julai saya mendapat tahu bahawa ada individu lain telah membuka e-mel peribadi saya iaitu wendywong2200@yahoo.com. Selepas itu saya telah dinasihatkan oleh seorang rakan supaya mengubah segera kata laluan akaun e-mel saya itu, namun tidak berjaya setelah mencubanya selama dua jam. Bagaimana Wendy dapat tahu akaun e-mel telah diceroboh? Dua hari selepas itu saya telah dihubungi oleh seorang wartawan yang juga rakan saya dan memberitahu dia mendapat e-mel yang mengatakan saya berada di Sepanyol dan sedang berada dalam masalah setelah kehilangan beg duit dan tiada wang untuk membayar bil hotel. Sedangkan ketika itu saya masih berada di Malaysia dan tidak berada di luar negara. Selain itu terdapat juga beberapa orang rakan seperti Elaine Kang dan Nancie Foo yang mendapat e-mel yang meminta mereka mengirimkan sejumlah wang kepada saya. Tidak lama kemudian saya mendapat panggilan daripada ramai rakan-rakan yang lain termasuk di Jakarta dan London, sehinggakan ada yang bersedia mengirimkan wang yang telah diminta.
Apakah tindakan Wendy yang selanjutnya setelah mendapat tahu mengenainya? Pengirim e-mel itu menyatakan bahawa saya telah terkandas di Sepanyol dan tiada wang untuk membayar bil hotel dan membeli tiket pulang ke Malaysia. Malah saya juga dikatakan telah membuat aduan di pejabat Kedutaan Malaysia di sana, tetapi tidak mendapat layanan yang sewajarnya. Saya telah berpakat dengan seorang rakan untuk mendapat maklumat lanjut dengan membalas e-mel yang dihantar itu. Kemudian pengirim e-mel itu membalasnya dengan memberikan butiran lanjut dan meminta wang sebanyak 2,850 Euro (RM10,700) dikirimkan ke Madrid, Sepanyol menerusi Western Union. Wendy sudah membuat laporan kepada pihak polis? Saya sudah membuat laporan di Balai Polis Brickfields, Kuala Lumpur dan akan membuat laporan di pejabat Kedutaan Sepanyol pula agar masalah ini dapat diatasi segera. Pada masa yang sama ingin ditegaskan bahawa e-mel yang dihantar itu bukan daripada saya dan meminta supaya mereka yang mendapat e-mel tersebut agar tidak terpengaruh atau percaya. Selepas apa yang berlaku, adakah Wendy akan menggunakan akaun e-mel yang sama? Saya masih lagi akan menggunakan akaun e-mel yang sama memandangkan kini saya sudah berjaya mengubah kata laluannya, namun apa yang agak mengecewakan kesemua e-mel yang saya simpan sudah hilang. Apa yang saya tahu pengirim e-mel itu telah membuat satu akaun yang baharu dengan menggunakan alamat yang seakan-akan sama iaitu wendywongg2200@yahoo.com dan menggunakannya untuk menghantar e-mel kepada kenalan saya. Lagipun saya sudah menghantar e-mel peringatan kepada semua kenalan saya supaya mereka mengabaikan sahaja sekiranya mereka mendapat sebarang pesanan yang meminta sejumlah wang dikirimkan kerana saya tidak pernah berbuat demikian.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails