Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Dewi tertekan


TEMPOH pernikahan Aldy Taher dan Dewi Persik hanya mampu bertahan selama dua bulan apabila mereka melakukan proses penceraian baru-baru ini. Dewi yang gagal dalam perkahwinan buat kali kedua sedih dengan nasib yang menimpanya.

Malah, Dewi yang terlalu sedih serta kecewa dikatakan hampir mengalami kemurungan. Menurut pengurus Dewi, Siska, aktres yang popular menerusi filem Tiren itu tidak dapat menerima hakikat bercerai dengan Aldy.

"Dia memang sangat tertekan dan saya menasihati dia supaya lebih terbuka. Mengapa perlu tertekan kerana dia masih muda. Lagipun masa depannya dalam dunia lakonan cerah," kata Siska.

Selepas mendengar kata-kata pengurusnya, Dewi bernekad untuk tidak bersedih sangat. "Sekarang Dewi sudah mula bangkit untuk meneruskan kerjanya. Dia tidak mahu menghabiskan masa dengan bersedih lagi," tambahnya.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails