Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Farid - Diana hanya berkawan


APABILA sebut nama aktor dan pengarah Farid Kamil tentu saja ada yang akan bercakap mengenai hubungan cintanya dengan pelakon Diana Danielle. Ada gosip dan desas desus mengatakan mereka sedang dilamun asmara tetapi setakat ini kedua-dua mereka diam membisu apabila diajukan persoalan itu.

Yang terbaru Farid dan Diana dikatakan telah putus cinta kerana hubungan itu tidak mendapat restu.

Malah ibu Diana, Norsiah tidak mahu mengulas mengenai hubungan tersebut.

Kata Norsiah, cukuplah kalau dia jelaskan yang anaknya itu masih belum bersedia untuk menerima kehadiran lelaki dalam hidupnya.

“Diana tak bercinta dengan sesiapa pun. Percayalah. Kalau kawan-kawan tu mungkin ada sebab Diana sekarang sibuk nak belajar,” katanya.

Tetapi sejauh manakah kebenaran dan dakwaan yang mengatakan pasangan artis itu mempunyai perasaan kasih sebelum ini?

Farid yang ditemui menjelaskan yang dia kadang-kala naik rimas dengan gosip dan tuduhan mengatakan hubungan dia dan Diana lebih daripada seorang kawan.

Sebaliknya tanpa mahu berselindung Farid menganggap Diana seperti kawan biasa, sama juga ketika dia dikaitkan dengan Lisa Surihani tidak lama dulu.

Tetapi Farid tidak menafikan hubungan mereka itu baik dan bertambah erat. Cuma bukan ke tahap untuk bergelar pasangan kekasih sebagai mana hubungannya dengan Irma Hasmie dulu.

“Saya mengaku hubungan saya dengan Diana baik tetapi kami bukan bercinta,” kata Farid menjelaskan kedudukan sebenar.

Malah kata Farid bagaimana untuk mengaitkan dia dan Diana mempunyai hubungan sedangkan mereka jarang bertemu apatah lagi untuk keluar bersama seperti yang berlaku kepada pasangan kekasih lain.

Farid juga tidak berkecil hati jika hubungan itu tidak mendapat restu kerana selama ini dia tidak menyimpan perasaan terhadap Diana.

Cuma menurut pengarah Remp-It V3 ini, dia kecewa kerana secara tiba-tiba dikatakan mempunyai hubungan dengan gadis berkenaan.

Masalah disiplin

Selain hubungannya dengan gadis kacukan itu, Farid turut dikatakan menghadapi masalah disiplin. Sukar untuk dihubungi dan gagal menjawab panggilan telefon. Mengakui dia ada mendengar cerita sedemikian tetapi dia sekali lagi menolak dakwaan berkenaan.

Bagi Farid, dia cuba menjadikan dirinya seorang yang mempunyai komitmen tinggi dalam setiap pekara yang dilakukan.

Cuma kadang-kala faktor masa menyebabkan hasrat untuk memenuhi kehendak sesetengah pihak itu tidak dapat dilaksanakan.

“Saya faham ada orang merungut susah nak berhubung dengan saya. Pihak media khususunya. Mungkin waktu tak sama.

“Kadang-kadang siang saya rehat selepas dari malam sampai ke pagi saya bekerja. Mungkin pada waktu itu susah nak hubungi saya dan timbul macam-macam persepsi,” jelasnya.

Bagaimanapun Farid lebih selesa jika ada pihak yang mahu bertanyakan apa juga soalan supaya dapat mengirimnya melalui e-mel bagi membolehkan dia menjawab segala masalah yang ada.

Apatah lagi pada ketika ini dia agak sibuk dengan penggambaran selain terpaksa menyertai promosi filem Papadom dan Estet.

“Saya sibuk sampai akhir tahun ini selain itu saya juga akan berlakon dalam filem Lencun arahan Osman Ali tak lama lagi. Dalam masa yang sama saya pun terlibat dengan drama Mertua vs Menantu dan Cinta Tikar Sejarah,” katanya.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails