
Jika ramai wanita idamkan rambut yang lurus dan panjang mengurai, namun berbeza dengan bekas pelajar Akademi Fantasia (AF) musim 6 ini. Nadia Haswani Binti Hasnan atau lebih dikenali dengan nama Nadia AF lebih suka mengekalkan rambut big curly bersesuaian dengan imej rock yang dibawa. Dan imej itulah yang membezakan Nadia daripada penyanyi wanita yang sedia ada.
"Ramai juga yang suruh Nadia tukar imej, ada yang suruh luruskan rambut namun Nadia selesa dengan imej sekarang. Rambut Nadia memang lurus sebelum ini, cuma untuk album terbaru, Nadia pergi ke salon untuk cantikkan lagi curl rambut ni," ujar penyanyi genit ini.
Terus Berjuang

"Nadia sedia tanggung risiko terhadap segala tindakan yang diambil. Bukan apa, jika kita tahu menguruskan karier daripada peringkat perbincangan sehinggalah ke tahap akhir, mudah untuk membawa diri pada masa akan datang. Namun Nadia tetap perlukan kabel yang kuat untuk terus bertahan," katanya yang kini muncul dengan single terbaru, Kita Sama, ciptaan Ameer dan lirik oleh Nadia sendiri.
Anak seni ini kini mula mengembangkan bakat apabila turut berlakon dalam sitkom Angguk-Angguk Geleng-Geleng terbitan RTM yang sudahpun masuk musim ketiga.
"Memang Nadia minat berlakon, namun nyanyian adalah perkara utama," ujarnya yang akan muncul dalam Konsert Gempak Desa Astro bersama artis popular lain.
Nadia kini bernaung di bawah Dream Music Sdn Bhd yang turut membariskan artis seperti Shiela Abdul, Claudia dan Aisyah (AF 7), Rina dan Revalina (Singapura).
Bukan mudah untuk memastikan nama terus kukuh dan diingati dalam industri hiburan ini. Jika tersilap langkah, mungkin membawa padah sehingga menjatuhkan karier yang sekian lama dibina. Namun bagi penyanyi bersuara husky ini, beliau lebih senang untuk menguruskan sendiri karier seninya daripada peringkat awal sehingga akhir.
"Nadia struggle untuk dikenali selepas keluar daripada AF. Buat masa sekarang, Nadia lebih selesa bergerak sendiri. Tak dinafikan memang sukar bila tak ada tempat bergantung tapi bila hasilnya positif, ia membawa kepuasan kepada diri.