
Ramai yang mengetahui Noh bahagia bersama kekasih hati yang masih belajar di luar negara. Namun hubungan tersebut telahpun putus di tengah jalan gara-gara gosip dan pelbagai lagi dugaan yang melanda. Memang susah bergelar artis, lebih-lebih lagi jika empunya diri menjadi pujaan ramai.
Kini Noh telahpun berjumpa pengganti yang tidak kurang cantiknya. Noh mengakui teman barunya itu sentiasa menemani ke mana sahaja Hujan membuat persembahan. Kata Noh, dirinya perlukan seorang wanita yang memahami dan yang pastinya dia tak boleh bersendirian.
Apa-apapun, kami ucapkan semoga Noh berbahagia dengan teman baru dan semoga sukses dengan album baru Hujan Mencari Konklusi yang telahpun dilancarkan di Hard Rock Café, Kuala Lumpur.