Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Zulhuzaimy tak buat masalah


PROJEK filem Lembing Awang Pulang Ke Dayang dimulakan sejak tahun 2003. Tapi kerana beberapa masalah, hanya pada 22 Oktober ini filem itu dapat ditayangkan kepada umum. Itupun setelah berlaku banyak pertukaran, termasuk pengarahnya.

Filem tersebut menampilkan Farid Kamil, Siti Elizad dan Zulhuzaimy sebagai peneraju utama. Pasti peminat mahu menonton sesuatu yang istimewa apabila membariskan pelakon yang bermutu.

Zulhuzaimy sendiri bergelar pelakon pembantu lelaki terbaik menerusi filem Wayang dan peminatnya mahu menonton satu kelainan daripadanya. Ada banyak orang yang mengkritik filem itu.

Lembing Awang Pulang Ke Dayang sebuah filem hikayat cereka. Filem ini berasaskan buku tulisan sasterawan Shahrum Husain yang juga ahli sejarah negeri Johor.

Lembing Awang Pulang Ke Dayang ialah sebuah legenda negeri Johor dan dikatakan benar-benar terjadi pada tahun 1776 di Parit Raja, Muar, Johor.

Filem arahan Majed Salleh ini mengisahkan pengembaraan Awang selama tiga tahun bagi menyempurnakan adat untuk mengahwini Dayang. Dalam pengembaraan, dia mula memahami erti hidup dan mempelajari sejarah kebesaran keluarganya.

Dia menimba ilmu, menjalin persahabatan dan menerima penghormatan semasa mengembara. Sepeninggalan Awang, Dayang mengahwini Bachok kerana menyangkakan Awang sudah mati.

Setelah menempuh pelbagai dugaan dan cabaran, Awang dianugerahkan dua lembing pusaka bernama Lembing Laki dan Lembing Bini dan dia pulang semula. Berlaku insiden berdarah apabila Awang pulang dan mengamuk menyebabkan 99 orang mati.

Macam kena badi dan sumpahan pula apabila menghasilkan filem kisah purba. Sejak awal lagi menghadapi masalah dan banyak kali tertangguh. Apabila ditayangkan kepada media pun macam ada yang tak kena. Ada yang rasa macam menonton sebuah filem lama.

Zulhuzaimy sedia bercerita kepada Pancaindera mengenai pembabitannya dalam filem ini.

“Tugas saya sebagai pelakon. Saya sudah menjalankan tanggungjawab saya,” kata Zulhuzaimy kepada ROSLI MANAH. Ikuti temu bual bersama Zulhuzaimy, Khamis lalu.

Selepas menonton filem ini apa reaksi yang diterima?

Ada kawan-kawan dan pihak media yang macam tidak sukakan filem ini. Saya terimalah kalau itu pendapat mereka. Saya hanya pelakon.

Masalahnya Zulhuzaimy pernah bergelar pelakon pembantu terbaik?

Kena ingat filem ini projeknya bermula pada tahun 2003 lagi. Baru sekarang nak ditayangkan. Saya dah nampak perkara ini akan timbul sejak awal pembikinan lagi apabila melalui banyak masalah.

Saya menerima projek ini pada awal-awal lagi. Pada masa itu pengarahnya lain iaitu Imri Nasution, kawan saya. Semasa perbincangan awal lain cara yang mahu dibawanya. Apabila bertukar tangan ia jadi lain. Sebagai pelakon saya kena teruskanlah watak yang saya sudah terima dari awal-awal.

Berapa banyak adegan pengarah lama yang dipakai?

Pengarah lama sempat menyiapkan sekitar 10 hingga 20 peratus sahaja. Adalah juga adegan yang dipakai tapi sikit sangat.

Pengarah baru ada masalah ke?

Bukan macam tu, tapi setiap orang ada caranya yang tersendiri. Imri ada cara dia, Majed ada cara dia. Sebagai pelakon, saya menjalankan tugas saya untuk melakonkan watak saya dengan baik. Itu sahaja.

Filem ini macam lenggok filem Melayu zaman hitam putih, bezanya ia berwarna?

Memang filem ini latarnya pada tahun 1770-an. Latarnya macam filem Melayu dulu-dulu. Kisahnya pun pasal kisah orang-orang dulu sebab itu kita guna bahasa dulu-dulu.

Kalau sesebuah filem gagal, terjejas tak nama pelakon?

Saya tak lihat ke arah itu. Saya berlakon filem itu sudah lama. Mungkin sekarang cara lakonan saya berubah dan mungkin juga lebih baik berbanding pada masa itu.


Semakin menyepi sekarang ini?

Bukan menyepi. Sebenarnya banyak lagi drama saya belum ditayangkan. Saya sibuk di lokasi, tapi apabila tidak nampak wajah saya dalam drama televisyen, mungkin ada orang membuat andaian saya menyepi. Sebenarnya esok pun saya nak ke Pulau Pinang untuk meninjau lokasi penggambaran drama baru. Saya tak menyepi.

Ada kata Zulhuzaimy dah berubah sekarang sebab itu kurang dapat tawaran baru?

Mana ada? Itu semua fitnah. Saya tak ada masalah dengan sesiapa. Saya tak dengar lagi ada orang di lokasi berkata macam itu kepada saya. Saya masih macam inilah mana ada saya berubah. Tugas saya di lokasi untuk berlakon.

Apa projek terbaru?

Ada beberapa projek yang belum ditayangkan termasuk sebuah filem iaitu Haq. Saya akan berlakon sebuah telefilem arahan Rashid Sibir minggu ini. Kalau tak ada kerja saya duduk di rumah. Ini pun saya ada di rumah. Nak memasak ni (kedengaran suara anaknya, Awal Haziq, 3, merengek).
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails