
Wah, semenjak dua ni Mangga Masam perasan dalam laman sesawang sosial Facebook menjadi tempat Abby Abadi mencurahkan perasaan. Bukan itu sahaja, kadang-kadang Mangga Masam rasa macam Abby nak berkongsi statusnya kini tapi beliau malu-malu.
Apalah nak dimalukan cik Abby oi? Awak tu single hot momma! Dah la single, available lagi tambahan semenjak dua ni Mangga Masam pun perasaan seri muka Abby kian naik. Ada apa-apa ke? Baru beberapa hari lepas status Abby dalam Facebook mengatakan It's Complicated atau kalau diterjemahkan, Susah Nak Cakap. Hari ni Mangga Masam perasan dah tukar pula ke In a relationship.

Baguslah Abby. Awak muda lagi, tak salah kiranya mendapat pengganti. Cuma peminat macam Mangga Masam je lah gigit jari! Bila nak perkenalkan kepada kami siapakah gerangannya yang berjaya menambat dan mengubat hati Abby yang lara tu?
