
Siapa yang tidak kenal Aishwarya Rai Bachchan? Lebih dikenali dengan gelaran Ash ataupun Aish, pelakon India yang pernah memegang gelaran ratu cantik dunia ini memulakan kerjayanya sebagai seorang model selepas mendapat gelaran tersebut pada tahun 1994.
Ash mula dikenali menerusi sebuah filem Tamil dan apabila komersil yang dibintanginya mencatat kejayaan sekitar tahun 1998. Kemunculannya dalam sebuah filem Bollywood box-offi ce berjudul ‘Hum Dil De Chuke Sanam’ pada tahun 1999 turut memperkenalkan namanya sehingga mula menjadi sebutan kalangan peminat filem Bollywood. Perjalanan kerjaya aktres ini bukan hanya tertumpu di dunia perfileman India, malahan bakatnya terserlah sehingga ke peringkat antarabangsa. Buktinya, aktres juga turut menyumbangkan bakat dalam lebih empat puluh buah filem Hindi, Tamil dan Benggali selain filem-filem antarabangsa antaranya ‘Bride & Prejudice (2003)’, ‘The Mistress Of Spice (2005)’, ‘The Last Legion (2007)’, dan ‘The Pink Panther 2 (2009)’.