Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Ayu OIAM menghilang kerana tertekan?


Hilang jejak, bersembunyi, lari daripada masalah? tu antara tanggapan yang dikeluarkan oleh sesetengah pihak ekoran kehilangan juara One In A Million musim kedua, Ayu Damit sejak minggu lalu. Semuanya gara-gara cerita yang tersebar dan dikeluarkan oleh sebuah akhbar tempatan yang mengatakan Ayu bakal melangsungkan perkahwinannya dalam masa terdekat ini bersama seorang duda anak dua. Lebih menghairankan kehilangan Ayu langsung tidak diketahui oleh sesiapa pun sama ada di pihak pengurusannya ataupun orang terdekat dengannya.

Pastinya, kehilangan Ayu juga menimbulkan pelbagai spekulasi di kalangan pihak Media. Namun, tidak mahu sekadar serkap jarang, MH menghubungi Pengurus Jenama, Monkey Bone, Edris Adrian untuk mengetahui apa sebenarnya yang berlaku. “Saya sendiri terkejut dengan apa yang dikeluarkan. Memang tidak tahu menahu apa yang berlaku. Cuma, apa yang saya boleh katakan di sini, di pihak pengurusan kami sedang mencuba untuk mencari Ayu,” katanya kepada MH.

Ditanya pula apa tindakan yang akan diambil kepada Ayu sekiranya dia memunculkan diri atau ditemui dalam masa terdekat ini, dan ini penjelasannya, “Di pihak Monkey Bone sendiri kami belum boleh membuat apa-apa tindakan drastik. Kami juga tidak mahu terburu-buru untuk membuat sebarang tindakan. Kalau boleh biarlah kami mengetahui cerita sebenar dari mulut Ayu. Dari situ barulah kami akan buat sebarang keputusan,” jelasnya lagi.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails