
Rumah tangga yang dibina oleh Krisdayanti dan Anang Hermansyah selama 13 tahun kini hancur musnah. Apa yang berlaku sekarang adalah mereka harus menyelesaikan kes mereka ini di mahkamah.
Pada hari khamis 8 Oktober yang lalu sidang pertama kes perceraian mereka mula didengarkan di Pengadilan Agama Jakarta Selatan. Namun hanya kelibat Krisdayanti dan peguamnya, Elsie Lontoh sahaja yang kelihatan. Anang memilih untuk tidak hadir ke mahkamah pada hari itu.
Memang sejak dari awal lagi, Krisdayanti telah mempersiapkan diri untuk menghadiri segala sidang yang dilakukan kerana dia berharap proses perceraiannya secara hukum akan berjalan lancar dan dapat segera diselesaikan.
Anang juga pernah mengungkapkan yang dia ingin segera menyelesaikan masalah di antara mereka. Namun ketidakhadirannya menimbulkan tanda tanya.
Anang dan Krisdayanti dilihat sepakat untuk tidak mendedahkan masalah mereka sepanjang perbicaraan penrceraian berlangsung dan berjanji akan menceritakan segalanya setelah selesai nanti.