
RAMAI yang sudah tahu pelakon Nabila Huda sudah mengandung. Bulan ini usia kandungan Nabila sudah masuk dua bulan. Pada malam tayangan media filem Pisau Cukur, Nabila hadir dengan gaya rangginya. Badannya nampak sedikit berisi dan seperti biasa, dengan gembiranya dia mengaku sudah berbadan dua sekarang ini.
“Saya sudah dua bulan mengandung ni. Rasa teruja sangat,” katanya dalam nada girang,
Walaupun mengandung, Nabila tetap aktif. Dunia lakonan pun masih berjalan seperti biasa. Yang penting dia kena jaga kesihatan sahaja.
Seronok betul Diva tengok Nabila. Berseri-seri wajah bakal ibu itu masa mengandung. Ada juga rakan Diva yang kata, Nabila bakal jadi mama rock bila anaknya lahir kelak.
Buat Nabila, jaga kesihatan dan kandungan baik-baik. Kami semua tak sabar nak tengok Nabila Junior dan nak tunggu bapanya, Amy, jadi datuk. Barulah rock!