Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Andre, Reid bergaduh


LONDON: Penyanyi Peter Andre dilapor bergaduh dengan teman lelaki baru bekas isterinya, Katie Price atau Jordan.

Pergaduhan antara Andre dan Alex Reid berlaku selepas penyanyi berusia 36 tahun itu menghubungi telefon bimbitnya selepas gagal menghubungi pengasuh mereka.

Beliau didakwa ingin menentukan masa untuk mengambil anak mereka.

Bagaimanapun, Jordan sebaliknya menyerahkan telefonnya kepada Reid yang didakwa menjerit dan mengancam untuk membelasah Andre.

Reid, seorang penggusti menegaskan, Andre perlu menghormatinya


“Ramai yang ingin membelasah dan mematahkan kaki awak,” katanya.

Bagaimanapun, Katie mendakwa pergaduhan berlaku selepas beliau menghubungi Andre.

“Media sekali lagi melaporkan fakta yang salah kerana Andre yang mengancam mematahkan kaki saya.

“Saya yang menghubunginya untuk membincangkan pelbagai perkara berkaitan anak-anak kami.

“Kini sikap sebenarnya sudah terdedah dan jangan percaya laporan media kerana Andre bukanlah lelaki yang lembut hatinya.

“Reid pula sebaliknya sentiasa tenang,” katanya.

Pergaduhan itu berlaku selepas Reid mendedahkan anak lelaki Jordan, Junior memanggilnya ayah dalam majalah OK.

“Saya bagaimanapun membetulkannya kerana Andre adalah bapanya dan beliau amat baik kepada mereka,” katanya. - Agensi
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails