Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Cinta anak muda


Terpilih memegang watak utama dalam drama produksi Indonesia ini Akim dan Aril turut disertai juara AF5, Nursyamilla Jirin (Mila).

Menurut Akim, 18, dia berasa lega percubaan pertamanya dalam bidang lakonan selesai.

Walaupun tidak berpengalaman dalam bidang ini dia yakin dengan kemampuannya, apatah lagi menerima tunjuk ajar ramai pihak, khususnya pengarah bersama, Achoo dan Roslan.

“Mulanya Akim rasa gentar untuk beraksi depan kamera, maklumlah kali pertama menjadi pelakon dan pegang watak utama yang ternyata menuntut komitmen tinggi.

“Namun bantuan ramai, termasuk pelakon berpengalaman, Azizah Mahzan, membuatkan Akim tidak begitu kekok, malah lebih bersemangat,” kata anak kelahiran Johor Bahru ini.

Menurutnya, cabaran diterima semua pelakon bukan sedikit kerana penggambaran dijalankan ketika umat Islam berpuasa.

Aril sebagai Aril dalam siri muzikal ini turut berkongsi rasa bangganya kerana terpilih menjayakan produksi berkenaan.

Dia menganggap pembabitannya dalam siri itu sebagai rezeki dan peluangnya untuk mencabar diri sendiri selain tidak mahu mempersiakan jalan disediakan pihak Astro Entertainment.

“Lakonan adalah cabang baru Aril selain menyanyi, tambah lagi Aril akui watak diberi bukan mudah memandangkan Aril bukan jenis yang suka marah-marah, apatah lagi ada babak yang menuntut Aril bertumbuk dan bergaduh secara fizikal.

“Demi menjiwai watak, pernah sekali Aril tertumbuk seorang pelakon iaitu Amar sehingga tercedera, membuatkan Aril rasa bersalah. Mujur tidak serius,” katanya yang kini popular dengan single keduanya, Menatap Matamu.

Dia yang sebelum ini hanya berpengalaman berlakon teater tidak menafikan berrasa begitu ‘kecil’ apabila berlakon dengan mereka yang jauh berpengalaman.

Bersama 12 pelakon lain dari Malaysia, anak muda yang sebelum ini terkenal dengan tarian shuffle ini mengakui cabaran dalam Kau Dan Aku bukan sedikit, terutama apabila terpaksa menghabiskan 30 hingga 40 babak sehari.

“Aril harap drama ini berjaya menggembirakan penonton, khususnya peminat Aril iaitu Arilovers kerana Kau Dan Aku menyuntik sedikit kelainan pada selera penonton,” katanya.

Mila pula menjadi kekasih Akim yang juga bekas kekasih Aril, sesuatu yang bukan sukar kerana dia pernah berlakon dalam telefilem Cinta Meriam Buluh yang baru ditayangkan sempena Aidilfitri lalu.

“Bagi Mila, daripada segi produksi tidak banyak beza walaupun penggambaran dilakukan di Indonesia, cuma jumlah kru lebih ramai membuatkan kerja lebih mudah untuk siapkan 26 episod terbabit dalam masa 45 hari,” katanya.

Bercerita pengalaman dalam Kau Dan Aku, Mila seolah-olah mengimbau kenangan sewaktu di AF yang menuntut mereka menyanyi dan berlakon dalam satu-satu masa.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails