Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Gaun Whitney nyaris terlondeh


LONDON - Penyanyi terkenal, Whitney Houston hampir malu apabila gaun yang dipakainya nyaris terlucut semasa dia menyanyi dalam program realiti televisyen X Factor, lapor sebuah akhbar semalam.

Kejadian itu berlaku semasa Whitney, 46, melakukan persembahan untuk stesen TV Britain buat kali pertama dalam tempoh 12 tahun.

Semasa menyanyikan lagu Million Dollar Bill kelmarin, tali kancing gaun belakang badan penyanyi itu tiba-tiba tertanggal tetapi dia tidak menghiraukan keadaan tersebut dan terus menyanyi.

Dia kemudian sempat berjenaka dengan pengacara rancangan itu, Dermot O'Leary dan berkata: "Saya menyanyi untuk diri saya sendiri berbanding pakaian saya."

Selain Whitney, turut mengadakan persembahan ialah penyanyi kumpulan Girls Aloud, Cheryl Cole yang menyanyikan lagu Fight For This Love.

Namun, kedua-dua artis itu dilaporkan muncul dengan suara yang sudah dirakamkan lebih awal.

"Vokal Cheryl sedikit menggeletar semasa bahagian pertama persembahan tetapi selepas itu dia melakukan persembahan dengan baik walaupun vokalnya sudah dirakamkan lebih awal," kata seorang penonton.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails