Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Iqram Terima Hadiah Daripada Fouziah


Tempoh dingin antara mereka berdua sudah berakhir. Selepas berbaik semula, pasangan Iqram Dinzly dan Fouziah Gous dilihat semakin mesra semula. Selain menghadiri majlis keramaian, mereka juga keluar makan termasuklah di Pavilion, Kuala Lumpur, baru-baru ini.


Ketika rakan Murai Batu terserempak dengan mereka tempoh hari, rupanya mereka baru saja meraikan majlis ulang tahun Iqram yang ke-28. Bukan saja makan-makan, Iqram juga menerima hadiah istimewa daripada Fouziah. Apapun Selamat Hari Jadi Murai Batu ucapkan kepada Iqram!


Khabarnya, walaupun tidak meraikannya secara besar-besaran, Iqram cukup menghargai tanda ingatan Fouziah pada hari bermakna itu. Kalau tidak, mana mungkin Iqram sanggup berkongsi cerita dan mengizinkan kawan Murai Batu mengambil gambarnya bersama hadiah daripada Fouziah!

Tapi, pelik pula, apabila hendak ambil gambar mereka bersama-sama, masing-masing segan pula. Hai, kalau dah berbaik, kenapa pula nak segan-segan? Harap-harap korang berdua tak lagi bermasam muka dan cemburu-cemburu macam dulu.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails