Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Lantai Tari Bergegar Lagi


Selepas kejayaan Sehati Berdansa musim pertama dan kedua yang menyaksikan Vanidah Imran dan Rashidi Ishak dan Lisdawati dan Fauzi menjadi juara, musim ketiga kini kembali dengan menampilkan pasangan selebriti yang tidak kurang hebatnya memperlihatkan bakat dalam arena seni tarian.

Musim ini akan membawakan sembilan pasangan baru yang bakal berentap iaitu Anita Baharom dan Ismadi (Persatuan SLE Malaysia), Didie Alias dan Nor Isham (Persatuan Epilepsi Malaysia), Dira dan Ash (Persatuan Thalassemia Malaysia), Enot dan Zainul (Yayasan Paru-Paru Malaysia), Isma dan Zul (Persatuan Klef Bibir dan Lelangit Malaysia), Mirnawan dan Norah (Persatuan Kanak-Kanak Spastik), Oshin dan Firdaus (Persatuan Angin Ahmar Kebangsaan Malaysia), Sazzy dan Nazril (Persatuan Parkinson Malaysia) dan Sein dan Nana (Persatuan Albinisma).

Bagi Anita Baharom, beliau berminat menyertai program ini setelah menyaksikan musim yang lepas.

"Saya berbincang dengan suami dan kami berpakat menyertainya setelah ditawarkan Astro untuk musim ketiga. Sekarang kami akan berlatih di rumah untuk memperbaiki skill yang ada," katanya.

Menurut Didie Alias yang baru melangsungkan rumahtangga pada 8 Mei lalu bersama Nor Isham Ismail, mereka akan terus fokus kepada tarian yang akan dipelajari sepanjang minggu bersama.

"Suami saya tiada background tarian, dia akan ikut saya menari. Saya pun selalu buat persembahan tarian dulu tapi sewaktu darjah lima lah," gurau Didie.

Pelakon Enot pula berani menyahut cabaran untuk turut berentap bersama pasangan lain untuk musim terbaru.

"Jika nak dilihat, saya antara yang paling comel di sini, namun saya akan cuba yang terbaik untuk menyumbang kepada badan amal yang diwakili. Dan satu bonus bila dapat luangkan masa dengan suami kerana kami masing-masing sibuk bekerja," ujarnya yang meminati Beyonce dan Lady Gaga.

Pada musim ini, Astro Ria akan menyiarkan episod pengenalan iaitu Kenali Sehati Berdansa pada 17 dan 18 Oktober ini pada jam 9.00 malam.
Pasangan yang datang daripada berlainan bidang ini bakal berentap atas tiket amal terhadap badan-badan kebajikan bermula 17 Oktober ini di Astro Ria (saluran 104) dan dicetuskan oleh Celcom (Malaysia) Berhad selaku penaja utama dan Modenas selaku penaja bersama. Seperti yang diketahui umum Fahrin Ahmad, Scha Al Yahya dan Awal Ashari akan menggalas tanggungjawab selaku pengacara Sehati Berdansa musim ini.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails