
PENYANYI pop, Nelly Furtado mengaku pernah mendapat tawaran berbogel di majalah lelaki, Playboy pada saat awal kemunculannya. Bagaimanapun dia menolak kerana belum bersedia untuk berbogel di majalah itu kerana bimbang ia merosakkan kariernya.
“Playboy menawarkan bayaran AS$500 ribu tetapi saya menolaknya kerana tidak ingin ada perkataan Playboy di resume ketika berusia 22 tahun. Tetapi sekiranya tawaran itu datang ketika saya berusia 40 tahun, sudah pasti saya bersetuju," katanya.
Penyanyi yang baru saja melancarkan album bahasa Sepanyol berjudul Mi Plan ini juga dilaporkan rajin bersenam untuk mendapatkan bentuk tubuh badan yang menggiurkan.