
SEORANG jurugambar terkenal di India, Gaurav C Bhat menjangka pelakon Kangna Ranaut bakal menjadi heroin terkenal di Bollywood dan sebaris dengan Aishwarya Rai.
Dia yang pernah bekerja bersama dengan Kangna semasa filem Raaz merasakan aktres itu mempunyai masa depan yang cerah dalam dunia perfileman ini.
“Ramai yang mengata perkara buruk tentang Kangna di belakangnya. Tetapi saya pernah melihat diri sebenar Kangna. Dia seorang yang disiplin, bangun awal pagi untuk yoga, gimnasium dan membuat sarapan pagi sendiri kerana dia pandai memasak.
“Kangna juga seorang yang menepati masa, sangat bekerja keras dan bersederhana orangnya. Dialah Aishwarya Rai yang kedua di Bollywood ini,” katanya.