Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Rezeki Noorkhiriah datang mencurah selepas hamil


Siapa yang tidak mengenali pelakon bertubuh kecil ini, walaupun kurang meraih publisiti media, Noorkhiriah Ahmad Shafie mempunyai bakat lakonan yang begitu besar. Berikan apa saja watak, dia yang lebih mesra dipanggil Noor akan melakonkannya dengan baik hingga berjaya meninggalkan kesan mendalam kepada penonton.

Sudah berlakon dalam enam buah filem dan lebih dari 100 buah drama, Noor yang dijemput sebagai penghias muka depan majalah MW kali ini, sedang hamil tujuh bulan (ketika artikel ini ditulis). Walaupun perut semakin membesar tetapi Noor tetap aktif biarpun sudah menghentikan aktiviti lakonan ketika kandungannya berusia enam bulan. “Kandungan Noor ini sangat-sangat nakal. Aktif sepanjang masa. Namun apabila melakukan imbasan untuk mengetahui jantinanya, dia akan menyorokkannya menyebabkan sehingga sekarang, Noor dan suami masih tidak mengetahui jantinanya. Sebenarnya kami tidak kisah sangat sama ada anak lelaki atau perempuan. Paling penting, anak kami sihat dan sempurna.

“Pada awalnya, Noor sendiri pun tidak tahu bahawa Noor sedang mengandung. Ketika itu, kami merancang untuk menunaikan umrah dan bercadang untuk mendapatkan ubat bagi mengelakkan kedatangan haid. Pada masa yang sama, pusingan haid Noor sudah terlewat empat hari. “Noor ke hospital untuk membuat pemeriksaan dan disahkan mengandung sebulan. Sewaktu itu, Noor dan suami begitu bersyukur kerana diberi peluang sekali lagi setelah keguguran sewaktu mengandung pertama kali pada 2007,” ujarnya memulakan bicara tentang kehamilannya.

Bagaimanapun katanya berita kehamilan tidak menghalangnya menunaikan ibadah umrah. Dia tetap meneruskan niatnya malah berkesempatan melakukan umrah sebanyak dua kali. “Walaupun cuaca di sana panas dan kering, Noor berpeluang melakukan ibadah umrah sebanyak dua kali. Di sana, Noor mengambil kesempatan meminum air zam-zam agar anak yang dikandung dapat merasai kenikmatannya. Noor juga dapat mencium Hajarul Aswad walaupun ada halangannya. “Berada di Tanah Suci juga, Noor memperbanyakkan ibadah dan memohon kepada Allah S.W.T agar dapat menjadi seorang isteri dan ibu yang baik. Alhamdulillah, perangai panas baran Noor semakin berkurangan selepas pulang dari sana,” katanya ceria.

Mengidam peria katak goreng pedas
Menurut pelakon yang dinobatkan sebagai Pelakon Komedi Wanita Popular 2008 Anugerah Bintang Popular, tempoh tiga bulan pertama kehamilan, dia seperti mana ibu hamil lain turut mengalami alahan. “Selain mudah letih, Noor kerap kali muntah hingga menyebabkan badan rasa lembik. Hendak makan pun susah kerana rasa panas di tekak. Paling tidak tahan apabila terpaksa minum susu untuk wanita hamil. Sedangkan semenjak kecil lagi, saya memang tidak minum susu. Terpaksalah saya menutup hidung untuk meng hilangkan rasa susu.

“Noor juga mengidamkan makanan kampung seperti peria katak goreng pedas dan ayam masak tempoyak. Nasib baiklah keluarga terutamanya emak begitu prihatin dengan Noor dan merekalah yang menghantar makanan kepada Noor,” ujarnya yang teruja bercerita tentang kehamilannya. Dalam pada itu, isteri kepada ini Azfaidzul ini tetap meneruskan aktiviti lakonan pada bulan pertama dan kedua kehamilan kerana perlu menghabiskan drama episod Matahari. Hanya pada bulan ketiga sahaja, Noor dapat berehat sepenuhnya dan kemudian meneruskan kembali penggambaran pada bulan keempat.

“Alhamdulillah, rezeki Noor semakin mencurah-curah tetapi Noor hanya berani mengambil tawaran untuk watak yang ringan sahaja dan penggambaran yang dilakukan di sini sahaja. Noor tidak berani hendak memandu jauh lagi kerana suami tidak memberi kebenaran. “Noor faham kerana bukan senang untuk mengandung. Dua tahun kami menanti, rezeki Allah S.W.T, selepas sebulan berurut dengan seorang nenek, barulah mengandung. Oleh itu, Noor sekarang lebih berhati-hati dalam menjaga kandungan.

“Tapi tawaran dari Shahrulezad untuk drama Antara Garisan sukar Noor lepaskan. Watak yang diberikan kepada Noor begitu mencabar sebagai GRO, Noor sayang pula untuk menolaknya. Dengan kebenaran suami, Noor bersetuju untuk berlakon walaupun ketika itu kandungan sudah pun enam bulan. Apabila pegang watak sebegini, setiap kali penggambaran, Noor tidak benarkan suami tengok kerana malu dengan watak itu. “Baru-baru ini, Noor mendapat tawaran berlakon dari sebuah syarikat produksi di Singapura tetapi terpaksa ditolak kerana sudah sampai masanya untuk Noor berehat. Rehat sepenuhnya pun tidak kerana masih diundang untuk program bual bicara dan sesi fotografi ,” katanya bintang filem Pappadom yang ditayangkan di pawagam Oktober ini.

    border = "0" alt = "stats counter">
 
stats counter
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails