Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Shilpa Shetty tunda lagi perkahwinan


AKTRES popular Shilpa Shetty telah menundakan perkahwinannya dengan Raj Kundra sekali lagi. Kali ini, keputusan itu terpaksa dibuat kerana dia tidak mendapat tempahan sebuah lokasi klasik di Mumbai, India.

Pasangan itu sepatutnya berkahwin bulan ini tetapi lokasi yang dikehendaki mereka tidak berjaya ditempah. Sebelum ini, Shilpa dan Raj pernah memikirkan mengadakan majlis perkahwinan di London tetapi kemudian membuat keputusan untuk mengadakan majlis itu di Mumbai.

"Apabila keputusan untuk berkahwin dibuat, mereka juga pernah bercadang untuk menjalankan majlis itu di rumah baru mereka yang terletak di Juhu. Tapi perancangan itu juga tidak berlaku.

"Sebenarnya, perkahwinan itu pada mulanya sudah ditunda ke tahun depan kerana Shilpa sibuk dengan penggambaran filem The Man. Namun, apabila penggambaran itu dibatalkan, dia membuat keputusan untuk berkahwin.

"Malangnya pasangan itu tidak sempat untuk mendapatkan lokasi yang dikehendaki dalam masa singkat. Jadi perkahwinan itu sekali lagi ditunda," kata satu sumber.

Shilpa bagaimanapun menegaskan bahawa dia dan Raj akan berkahwin pada masa yang sesuai. Raj yang memiliki perniagaan di London merupakan duda anak satu. Sebelum bercerai dengan bekas isterinya, Kavita, Raj sering dikritik media kerana meninggalkan Kavita untuk bersama Shilpa.

Namun, Raj kemudian menjelaskan bahawa dia dan Kavita sudah tidak sehaluan sebelum bersama Shilpa dan dalam proses penceraian.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails