Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Tekad Faizah


Walaupun mengakui kritikan berkenaan melunturkan semangatnya untuk terus berkecimpung dalam dunia seni, gadis kecil molek, Noor Faezah Elai, 27, tetap tabah menghadapinya.

Bagi Faezah, tiada kejayaan yang datang dengan mudah sebaliknya perlu diiringi pengorbanan dan kerja keras. Terntaya berkat kesabaran dan kesungguhannya, dia membuktikan dirinya mampu pergi jauh jika terus diberi peluang, gadis berdarah kacukan Punjabi di sebelah ayah dan Siam di sebelah ibu ini kini mampu tersenyum bangga.

Lakonannya sebagai Maya Sofea, gadis kasar atau Tomboi dalam drama bersiri Sutera Maya, nyata mengubah pandangan ramai dan dirinya mula mendapat perhatian. Dalam drama bersiri Hartamas, sekali lagi Faezah diberi watak gadis lasak walaupun hakikatnya sifat itu berbeza dengan dirinya sebenar.

Kali ini sebagai gadis rock, Edrina dan anak kelahiran Pulau Pinang ini berkata, dia tertarik menjayakan watak itu kerana berbeza dengan tawaran sebelum ini dan mengakui banyak cabaran yang perlu dilalui sebagai persediaan sebelum penggambaran.

Seakan sinonim dengan karakter sebegitu, Faezah turut menjadi pilihan memegang watak Bip dalam filem Adik Manja Returns yang dihasilkan berdasarkan filem Adik Manja lakonan Dharma Harun Al Rashid pada awal 80-an dulu. Kini filem itu diterbitkan Adik Manja Sdn Bhd milik Dharma dan rakan kongsi serta diarahkan, sekali gus bertindak sebagai pengarah.

Penggambaran sudah bermula pada awal Ramadan lalu.

Kata Faezah, demi memenuhi tuntutan watak dalam filem itu, dia bukan hanya terpaksa menghadiri kelas tarian, malah memandu biarpun dalam kehidupan seharian dia tidak tahu langsung selok belok pemanduan.

Untuk tarian, Faezah menghadiri kelas dikendalikan juara program pencarian bakat tarian, So You Think You Can Dance musim pertama, Alam.

"Memang terasa kekok juga apabila mengikuti kelas tarian kerana saya memang tidak pandai menari.

"Pada mulanya memang agak sukar untuk mengikut rentak yang diajar. Begitupun, lama kelamaan berkat latihan dan kesabaran selama lebih sebulan akhirnya ia membuahkan hasil.


"Bayangkan pada usia 27 tahun baru hendak belajar tarian hip hop dan shuffle. Kebetulan pula ketika itu saya terikat dengan penggambaran drama Cinta Sempurna untuk Astro sementara pada sebelah malamnya berlatih menari. "Apapun demi memberi lakonan terbaik saya sanggup lakukan semua itu," katanya.

Kata Faezah, Bip anak yatim piatu yang gemar berhibur di kelab, berlumba dan drift.

Bip dan rakan karibnya adalah antara gadis nakal dalam kolej yang kerap curi keluar dari asrama untuk bergembira.

Mengenai babak berlumba dan drift pula, biarpun berasa bimbang dan gementar namun ia bukan halangan buat bintang drama bersiri La Dolce Amira ini untuk memberikan komitmen penuh.

"Sebelum ini saya banyak bergantung kepada adik. Dialah yang memandu kereta dan menemani ke mana saja saya pergi. "Risau juga apabila mendapat tahu saya kena memandu, tetapi kalau sudah itu kehendak skrip, saya mesti buat. Pada saya, jika mahu menjadi pelakon yang baik, inilah antara cabaran yang perlu saya hadapi," katanya.

Faezah mengakui berasa seronok membawa watak lasak begitupun sebagai pelakon baru, dia mahu mencuba pelbagai watak.

Katanya, dia mengidamkan watak mencabar seperti antagonis mahupun memainkan emosi psikologi seperti kurang siuman atau cacat anggota badan.

"Saya akui bukan mudah menjadi gadis kasar. Disebabkan melakonkan watak kasar, saya jatuh sakit selama beberapa minggu.

"Mungkin orang ingat saya terlalu manja atau tidak boleh buat kerja berat. Malah, kerana terlalu ingin menjayakan watak berkenaan menyebabkan berat badan juga makin susut.

"Saya bertuah kerana sehingga kini saya banyak bekerja di bawah pengarah yang memahami kemampuan saya seperti Prof Razak, Kabir Bhatia dan Datuk Shuhami Baba. Paling saya suka lakonan saya dalam La Dolce Amira," katanya.

Jika tiada aral, Faezah dijangka memulakan penggambaran filem dan beberapa tawaran siri drama dalam sedikit masa lagu.

Katanya, ada beberapa tawaran diterima, tetapi semuanya masih dalam peringkat perbincangan.

"Sejak dua tahun lalu, memang saya sibuk sepanjang Ramadan dan lebih banyak menghabiskan masa di lokasi penggambaran .

"Tahun lalu, saya menjayakan Sutera Maya dan sering berbuka di lokasi penggambaran.

"Pengalaman berbuka puasa termasuk berkunjung ke bazar Ramadan bersama kru menyimpan memori menarik bagi saya," katanya yang menyambut Aidilfitri secara sederhana di kampung halaman di Pulau Pinang.

>Profil

Nama sebenar: Noor Faezah Elai

Tarikh lahir: 16 Ogos 1982

Asal: Pulau Pinang

Akademik: Diploma Rekaan Fesyen, Universiti Teknologi Mara (UiTM)

Kerjaya: Model, hos TV dan pelakon

Iklan komersial: Celcom, Radox, Varnish dan Olay

Drama/telefilem: Cinta & Keadilan, La Dolce Amira, Enigma, Sutera Maya, Pemanduku Jutawan dan Hartamas

Program TV: Mango TV, Inspirasi Comel, Gegar U dan Hypermarket Saga

Filem: Otai

Pencapaian: Best TV Look Elite Model Search 2006 (KL Fashion Week 2006) 50 Gorgeous People (Female Magazine)
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails