Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Saya tidak kisah: Nora

Fasha ditawarkan watak Freida yang juga watak baru untuk musim ini manakala Nora sebagai Maya, isteri Dafi lakonan Fazren Rafi.

Ini juga kali pertama kedua-dua pelakon ini digandingkan dalam satu drama dan umum tahu Fasha pernah dikaitkan sebagai orang ketiga dalam perkahwinan Nora dengan Rizal Ashram hingga menyebabkan perceraian mereka, tahun lalu.

Nora mengakui menerima tawaran daripada penerbit drama itu, Global Station Sdn Bhd dan tidak kisah digandingkan dengan Fasha dalam drama bersiri popular yang pernah bersiaran selama dua musim di TV3 dan untuk musim ketiga bakal disiarkan menerusi stesen berbayar Astro.

"Saya juga tidak kisah jika ditadirkan terserempak dengannya di lokasi penggambaran.

"Sebagai pelakon, saya perlu bersikap profesional dalam hal ini dengan tidak mencampuradukkan cerita peribadi dengan kerjaya seni.

"Berdasarkan skrip yang saya terima dua minggu lalu, tidak ada satu pun watak saya membabitkan Fasha sepanjang penggambaran drama sebanyak 13 episod ini nanti," katanya ketika dihubungi, semalam.

Dalam artikel Sah Norish Karman gugur! yang disiarkan dalam Rap semalam, Penerbit Eksekutif Global Station, Adila Datuk Ramly memberitahu Spa Q 3 menampilkan wajah baru sebagai kelainan berbanding dua musim sebelum ini.

Antaranya dua pelakon muda kontroversi berkenaan dimasukkan manakala watak utama, Qistina yang dijayakan Norish Karman diganti pelakon lain.

Bagaimanapun, Adila enggan mendedahkan barisan pelakon Spa 3, tetapi Fasha melalui Harian Metro Jumaat lalu mengatakan dia bakal menjayakan Spa 3 bersama Nora Danish.

Kata Nora, dia memang tidak tahu menahu mengenai kontroversi yang melanda Spa Q 3.

Apa yang dia tahu, watak Qistina bukan dilakonkan Norish Karman sebaliknya diganti pelakon lain.

"Saya terima tawaran berlakon dalam Spa Q 3 kerana tertarik dengan wataknya. Sebenarnya, ini kali pertama saya bekerjasama dengan Global Station.

"Apa yang menarik, saya ditawarkan watak Maya yang memang mencabar kemampuan saya kerana karakternya lain dari yang pernah saya lakonkan dalam drama sebelum ini.

"Maya isteri yang baik. Dia berkahwin dengan Dafi selepas Dafi bercerai dengan isterinya, Julia (lakonan Farahdhiya). Pada hari perkahwinan mereka, ada pihak menghadiahkan bingkai gambar yang ada gambar anak sekali gus menimbulkan tanda tanya pada Maya.

"Buat masa ini, saya menolak tawaran berlakon dari produksi lain kerana ingin memberi komitmen terbaik pada Spa Q 3.

"Saya juga baru selesai penggambaran drama bersiri Sumpah Bunian arahan Adam Hamid dan selepas raya, saya memberi keutamaan pada Spa Q 3 saja.

"Saya juga dijadualkan berada di lokasi penggambaran Spa Q 3 bermula 15 Oktober ini dan penggambaran drama ini membabitkan tempoh sebulan," katanya yang cukup dikenali menerusi watak Puteri.

Sementara itu, Norish berkata, dia berasa terkilan apabila ada pihak tidak bertanggungjawab menyebarkan cerita penyingkirannya dari Spa Q 3 kerana masalah disiplin dengan pengarah serta penerbit.

Katanya, cerita menjejaskan nama baiknya sebagai pelakon.

"Cerita itu tidak benar sama sekali. Hakikatnya, sepanjang dua musim terbabit dengan Spa Q, saya tidak pernah menimbulkan sebarang masalah kepada pengarah mahupun penerbit.

"Pada masa sama, saya juga tidak ada sebarang masalah dengan mana-mana stesen televisyen sebelum ini.

"Selain banyak berlakon untuk TV3, saya juga berlakon dalam drama untuk Astro seperti Kasut Tumit Tinggi," katanya.

Bagaimanapun, kata Norish, dia hanya mendapat tahu namanya disingkirkan dari Spa Q 3 daripada sumber yang boleh dipercayai.

Katanya, sekalipun tidak ada kertas hitam putih antaranya dengan penerbit, dia tetap berpegang teguh dengan kata-kata penerbit dan pengarah Spa Q 3 yang menawarkannya berlakon untuk musim baru ini.

"Saya juga menolak semua tawaran berlakon daripada produksi lain kerana tidak mahu jadual kerja saya akan mengganggu penggambaran drama ini.

"Malah, saya sudah menerima skrip Spa Q 3 sebelum raya lagi dan sudah membuat 'homework' untuk mendalami watak Qistina musim baru itu.

"Saya ingin tampil dengan sikap Qistina yang baru. Pada masa sama, saya juga sudah beli baju baru lebih RM2,000 untuk menjayakan musim baru ini.

"Saya juga buat kenyataan ini bukan untuk menyelar sesiapa kerana saya sudah menganggap penyingkiran dari Spa Q 3 sebagai tidak ada rezeki.

"Cuma, ramai orang yang fikir saya terbabit dengan musim baru Spa Q 3 dan saya berharap penjelasan ini akan memberitahu perkara yang sebenarnya berlaku," katanya.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails