Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Zizan Raja Lawak Cari Calon


"Sekarang saya tengah cari calon selepas kejadian buruk yang berlaku raya tahun lepas. Memang saya sedih, kawan-kawan rapat saja yang tahu keadaan saya.

"Lepas kejadian itu, saya tak fikir untuk bercinta. Bila bercinta semuanya indah sebab cinta itu buta, oleh itu saya perlukan kawan-kawan untuk turut menilai wanita yang rapat dengan saya.

"Saya beringat sebab saya berkahwin bukan untuk diri saja tetapi untuk keluarga," ujar Zizan yang pernah digosipkan bercinta dengan Leez AF suatu ketika dulu.

Bergaduh Dengan Johan?

"Secara jujurnya kami juga pernah tak bersefahaman tapi kami selesaikan secara profesional. Tapi bila keluar berita kami bergaduh besar itu memang tak betul. Puncanya bila ada yang nampak kami tak lepak bersama dan tiba-tiba keluar cerita kami bergaduh.

"Bila keluar berita macam tu, Johan call saya pagi-pagi. Memang saya marah sangat masa itu sebab Johan kacau saya tidur. Masa itu baru kami start bergaduh," katanya bergurau.

Menurut Zizan biarpun dirinya difitnah dan terdapat pihak yang berniat menjatuhkannya, namun semuanya dianggap sebagai promosi untuk dirinya.


Pengacara Raja Lawak Musim Keempat

Nampaknya rezeki Zizan dan Johan sentiasa melimpah. Buktinya mereka masih diberi kepercayaan untuk mengendalikan Rancangan Raja Lawak Musim Keempat.

"Saya bersyukur sangat apabila masih diberikan peluang oleh Astro untuk terus bersama rancangan ini. Saya dan Johan memang serasi walaupun kami lelaki. Walaupun kami selalu bersama tapi saya tak pernah menghalang Johan berkahwin," ujar Zizan yang penuh dengan sifat lucu ini.

Selain terlibat dengan Raja Lawak, Zizan menerima banyak tawaran berlakon filem antaranya Kapoww dan Uncle Usin sebagai teraju utama. Biarpun dikenali sebagai pelawak, namun jejaka berusia 25 tahun ini mahu mengembangkan bakatnya sebagai penghibur.

"Kalau boleh saya nak sentiasa mantapkan kerjaya sebab kita tak tahu bila saat kita akan jatuh. Bagi saya pesaing tak wujud sebab semuanya bergantung kepada rezeki masing-masing. Oleh itu, janganlah fikir bagaimana untuk jadi bagus sebaliknya buat untuk jadi bagus," tambah Zizan lagi.

Musim terbaru Raja Lawak akan menyaksikan gandingan otai lawak untuk mengisi kerusi juri pada setiap minggu iaitu Afdlin Shauki, Din Beramboi dan Bob Lokman.


"Lupakanlah semua niat tak elok itu. Bukan kerja kita untuk sekat rezeki orang," katanya.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails