Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Cadang tambah anak


Cuma yang berbeza adalah kepuasan dan kegembiraan di saat memimpin tangan suami barunya, bekas pemain bola sepak Negeri Sembilan yang juga tiga tahun lebih muda darinya, Norisham Ismail.

Menurutnya, perkahwinan keduanya ini jauh lebih bermakna memandangkan kelima-lima anak kesayangannya dapat berkumpul menjadi saksi utama di majlis ringkas yang diadakan di rumah suaminya di Kampung Nuri, Johol, Negeri Sembilan, 3 Oktober lalu.

Kebahagiaan jelas tergambar di wajah anak-anaknya iaitu Dhaniyah, 16, Dhanial, 15, Dinie, 13, Danie, 11 dan Diyana, 10 yang bergaya meraikan hari bahagia itu.

"Mungkin ini bukan yang pertama bagi saya, namun ia sesuatu yang baru buat suami memandangkan dia bujang yang belum pernah merasai pengalaman manis seperti ini. Lagipun, ibunya yang teringin sangat untuk melihat anak lelaki sulungnya itu bersanding.

"Namun saya gembira kerana majlis ringkas ini dihadiri oleh semua teman dan keluarga. Yang istimewa pastinya kehadiran kesemua anak saya yang berpeluang melihat saya tersipu malu di pelamin," katanya berseloroh sambil diperhatikan Norisham.

Pasangan ini diijabkabulkan pada 8 Mei. Namun, kesuntukan masa dengan jadual kerja, pasangan ini menangguhkan untuk majlis persandingan.

Dramatis yang baru selesai penggambaran telefilem Cinderella Blues arahan Haikal dan Amie Maziah ini berkongsi perasaan syukurnya selepas bergelar isteri sejak lebih lima bulan yang lalu.

"Kami sebenarnya bahagia sepanjang berkawan sejak enam tahun lalu sehingga saat ini. Mungkin keserasian yang wujud antara kami menguatkan lagi perhubungan ini meskipun hakikatnya, perbezaan umur dan status saya sebagai ibu tunggal tetap menjadi pertimbangan saya pada awalnya.

"Namun kesungguhan Norisham serta keikhlasannya untuk membimbing saya serta anak-anak membuatkan saya yakin keputusan untuk hidup bersamanya. Yang penting, anak-anak dapat menerima dan gembira dengan keputusan saya,” katanya.

Bagi Norisham yang diusik sebagai bapa ekspres oleh teman rapatnya, rasa sayang dan tanggungjawabnya untuk menyunting Didie lebih dari apa yang orang luar jangkakan.

"Ini rahmat buat saya kerana ditemukan dengan Didie. Berbeza pada awal perkenalan, kami lebih kepada teman yang banyak berkongsi minat. Namun, lama-kelamaan rasa cinta itu datang dengan sendirinya.

"Saya akan menyokong apa jua perancangan yang terbaik buatnya serta keluarga. Sebagai permulaan, kami berdua merancang menubuhkan syarikat penerbitan memandangkan Didie banyak pengalaman.

"Insya-Allah kami akan lakukan bersama secara perlahan-lahan dari bawah. Tidak wujud sebarang permasalahan dalam mengatur corak perjalanan keluarga kerana kepercayaan dan keserasian antara kami sememangnya kuat.

Menyentuh isu perancangan menimang cahaya mata, pasangan secocok ini sepakat dalam berusaha untuk menambah lagi bilangan ahli keluarga. Hanya rezeki saja yang masih belum menjenguk mereka.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails