Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Diana Danielle ‘Bukan rezeki saya’


Pada sidang media diadakan di Istana Budaya (IB), Kuala Lumpur kelmarin, Erma turut mengumumkan Maya Karin sebagai pengganti Diana untuk melakonkan watak Natrah Maarof. Biarpun masalah pelakon dianggap sudah selesai, sebaliknya ia masih memberi kesan pada Diana yang berdepan dengan persoalan ramai pihak yang melabelkan dia pelakon bermasalah.

Diana berkata, dia bukan sengaja mahu mengambil keputusan itu semata-mata faktor bayaran. Katanya, pada mulanya dia dijanjikan bayaran RM10,000 tetapi selepas berlaku perubahan pada tarikh persembahan iaitu 30 November depan, bayaran yang ditawarkan berbeza.

"Sebolehnya saya tidak mahu orang lain melihat saya tarik diri kerana tidak puas hati dengan bayaran. Saya sebenarnya tidak kisah dengan jumlah bayaran banyak mana tetapi apabila ada kenyataan dikeluarkan menerusi media, ia menggambarkan saya bersikap 'demand'.

"Pada peringkat awal, Erma berkata bayaran yang akan diberikan tidak banyak sangat dalam RM10,000. Bagaimanapun, selepas tarikh persembahan dipinda, ada pihak IB pula yang hubungi menyatakan bayaran untuk saya hanya RM7,000.

"Lalu, saya cuba berbincang dan meminta agar bayaran dinaikkan sedikit dan IB hanya bersetuju untuk menambah RM500 saja. Ini mendatangkan masalah kepada saya kerana apa yang dijanjikan pada mula berbeza apatah lagi saya mempunyai komitmen lain pada tarikh persembahan baru itu.

"Mungkin orang lain tidak tahu, saya sanggup menolak dua tawaran lain untuk bersetuju terbabit dengan pementasan teater ini. Bayangkan jika bayaran sebegitu yang saya terima untuk latihan lebih sebulan, ini bermakna saya hanya mendapat RM100 sehari untuk segala komitmen yang saya berikan," katanya.

Diana, 18, berkata dia menjangka tanggapan negatif sebegini berlaku padanya selepas tarik diri. Atas sebab itu, dia berharap kenyataan yang dikeluarkan ini dapat menjernihkan nama baiknya.

Katanya, dia tidak mempunyai sebarang masalah dengan Erma mahupun kru produksi lain mengenai isu ini. Malah, dia bersedia untuk bekerjasama dalam projek lain pada masa akan datang. Diana turut meminta maaf pada IB dan kru produksi teater ini atas tindakan tarik diri.

Untuk lakonan seterusnya, Diana akan terbabit dengan penggambaran satu drama dalam masa terdekat dan mahu mempromosikan dua filem barunya, Magika terbitan KRU Studios serta Kecoh Betul.

"Saya berharap isu ini tidak berpanjangan. Jangan menilai diri saya daripada pandangan satu pihak saja tanpa tahu kisah sebenar yang berlaku pada diri saya.

"Saya faham teater adalah proses terbaik untuk pelakon gilap bakat dan saya masih berminat untuk berlakon teater. Namun, saya anggap tiada rezeki untuk saya berlakon teater ini," katanya.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails