Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Marsha Yang Terbaik


Namun kini pemilik nama Marsha Milan Londoh mampu menarik nafas lega. Kali ini bukan cerita aib yang mahu dikongsikan, sebaliknya Marsha kembali aktif dalam bidang nyanyian.

Muncul dengan single terbaru, Yang Terbaik terbitan KRU Studios dengan kerjasama Astro Entertainment Sdn Bhd, Marsha kini menarik nafas lega.

Tambah menarik, lahirnya single baru ini turut membabitkan kelainan daripada segi konsep, imej dan genre lagu.

Lagu ciptaan Edry Abdul Halim ini hanya melalui proses rakaman selama dua jam yang dirakam di studio rakaman KRU Studios, Setiawangsa.

Selain itu, Yang Terbaik diputarkan radio bermula awal September lalu. Keunikan dan penyampaian berbeza membuatkan lagu ini tidak memerlukan masa lama untuk menduduki tempat yang baik dalam carta radio tempatan.

Pada awal Oktober lalu KRU Studios turut melebarkan strategi bagi mempromosi lagu ini bukan hanya di Malaysia, malah Singapura dan Brunei.

Bagi peminat artis berasal dari Tamparuli, Sabah ini, single terbarunya turut disediakan dengan sebuah video klip arahan pengarah muda KRU Studios, Abdul Azeez WR.

Bagi menjadikan video ini lebih menarik, imejan janaan komputer (CGI) turut diselitkan dan ia membuatkan produksi ini menelan belanja RM20,000.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails