Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Zed Zaidi 'menagih cinta' Wangi


Bintang utama Impak Maksima - The Musical saling memuji, bersedia jika ditakdirkan 'jatuh cinta'

ASAM di darat, garam di laut, di dalam kuali bertemu juga. Sama halnya dengan pementasan teater sensasi, Impak Maksima - The Musical yang dibawakan oleh The Esplanade ke Singapura mulai 17 hingga 18 Oktober ini, buat julung kalinya menemukan aktor popular, Zed Zaidi, 29, dengan bintang remaja Indonesia yang juga penyanyi kumpulan Fabulous Cats, Wangi Julianda, 19, sebagai pasangan kekasih.

Zed meneruskan legasinya sebagai Ray, seorang gangster di Singapura, manakala Wangi diberi kepercayaan memegang watak Mimie yang dulunya dijayakan oleh Dynas Mokhtar menerusi versi di Istana Budaya (IB) Kuala Lumpur.

Impak Maksima - The Musical di Singapura ‘merehatkan’ Dynas buat sementara waktu untuk menampilkan kelainan apabila Mimie dipotretkan sebagai pelajar kolej berasal dari Indonesia dan bekerja sambilan di kelab malam sebagai penyanyi.

Ketika ditemui di IB, baru-baru ini, sebelum krew produksi dan pelakon Impak Maksima - The Musical menjalani latihan intensif bersama tenaga kerja di Singapura mulai 12 Oktober, Zed memberi keyakinan, Impak Maksima - The Musical yang pernah dipentaskan di IB kira-kira setahun lalu, pasti menyuntik kelainan apabila menemui peminatnya di Singapura, terutama imej pelakon asal seperti dirinya.

"Dulu ketika Impak Maksima - The Musical dipentaskan di IB, saya hanya perlu menyanyi dan menari sikit-sikit, sebaliknya untuk pementasan di Singapura nanti, saya harus memasuki kelas tarian kerana saya perlu menguasai tarian salsa! Saya juga perlu menyanyi beberapa lagu baru. Begitu juga imej, ketika di IB dulu, Ray bertocang dua, tapi nantikan di Singapura, Ray akan tampil dengan imej lebih ranggi!

"Pasangan saya pula Wangi, memang meletup artis Indonesia tu! Bukan saja cantik dan berbakat, sebaliknya gandingan saya dan Wangi, serasi sekalipun baru pertama kali kami dipertemukan di pentas teater. Wangi sebagai Mimie, dia bekas kekasih Ray, tapi Ray masih menagih cinta Mimie, Ray ni macam 'gila talak' nak kembali ke pangkuan bekas kekasihnya itu," kata Zed.

Memandangkan Zed begitu mesra dengan Wangi sepanjang sesi fotografi apabila sering berpegangan tangan ketika berjalan, ditambah dengan pengakuannya serasi digandingkan dengan artis seberang itu, terus saja dia diajukan soalan lain, apakah yang membuatkan dia begitu teruja berlakon di samping Wangi, terus Zed membuat pengakuan: "Wangi cantik, siapa yang tidak mahu digandingkan dengan artis jelita seperti dia!"

"Saya juga terpesona dengan kelunakan suara Wangi, vokal dia memang power. Dia juga sporting. Walaupun baru saja mengenali dirinya, tapi dia mudah mesra dan senang memberikan kerjasama. Wangi orang seberang, tapi apabila cari makan di sini, dia pandai menyesuaikan diri dengan situasi dan cara bekerja orang kita, itu yang membuatkan saya selesa setiap kali mengadakan sesi latihan bersamanya," kata Zed terus memuji Wangi.

Ditakdirkan Zed dan Wangi jatuh cinta gara-gara penangan hebat Impak Maksima - The Musical di Singapura ini, Zed dengan yakin dan pantas mengakui: "Apabila berlakon dengan Wangi, saya jatuh cinta dengannya, apa salahnya, sememangnya dia gadis yang memenuhi cita rasa saya!”

"Saya pun nak jadi macam pasangan Ashraf Sinclair dengan Bunga Citra Lestari. Mula-mula mereka berlakon filem, Saus Kacang, bercinta dan akhirnya berkahwin...," kata Zed tanpa berselindung, sekali gus mengakui sehingga kini dirinya masih belum terikat dengan sebarang komitmen yang dinamakan cinta.

Zed nafi pikat gadis guna kereta mewah

Selain itu, terdengar desas-desus sejak kebelakangan ini, Zed berlagak seperti golongan VIP setiap kali keluar 'dating' dengan anak gadis orang kenamaan apabila sering bertukar dan memandu kereta mewah dalam usaha menambat hati gadis berkenaan dan keluarganya. Justeru, sejauh mana kesahihan khabar angin ini?

"Saya tak nafikan, apabila saya keluar untuk urusan perniagaan berjumpa pelanggan, saya memandu kereta mewah, sebaliknya untuk bersantai, saya membawa kereta yang sering digunakan untuk kerja harian. Saya bukannya hipokrit semata-mata nak memikat anak orang kaya. Sekiranya saya keluar dengan anak VIP dengan berkereta mewah, mereka pun ada, nak buat apa? Yang penting, nawaitu kita nak berkawan dan keikhlasan hati.

"Bukan bertujuan nak bangga diri, tapi apabila kita memegang status artis, nak cari girlfriend memang senang. Tapi, saya bukannya jenis yang suka ambil kesempatan. Bagi saya, dalam mencari pasangan hidup, ukur baju di badan sendiri, itu lebih berkekalan," jelasnya lagi.

Wangi kritik artis Jakarta, Bandung

Sementara itu, Wangi ketika menyertai Fabulous Cats secara rasminya pada 14 Februari lalu, namanya begitu cepat dikenali, sebagai anggota baru Fabulous Cats, sekali gus dia tercalon Top 5, kategori Artis Berkumpulan /Duo Popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2008, kini dia terus gah melebarkan sayap ke pentas teater, malah bakal dikenali sebagai bintang teater di Singapura sedikit masa lagi!

"Kalau saya masih menetap di Bandung, saya pasti belum mengecapi kejayaan seperti hari ini di Malaysia. Mujurlah Abang Cat (Farish) memberi kepercayaan kepada saya menganggotai Fabulous Cats selepas dia menilai bakat saya apabila tercalon Top 30, Muzikal Drama, sebuah rancangan realiti Global TV Jakarta.

"Apabila menyertai Fabulous Cats, saya mudah dikenali kerana kumpulan itu sendiri sudah ada nama besar. Akhirnya saya mengenali apa itu teater apabila diberi kepercayaan berlakon Impak Maksima - The Musical, bukan dipentaskan di Malaysia, sebaliknya terus ke Singapura! Teater itu sudah ada nama besar di Kuala Lumpur, langsung apabila dibawa ke Singapura, saya perlu berbangga apabila menjadi salah seorang pelakon utamanya.

"Justeru, saya menganggap Malaysia sebagai lombong emas. Karyawan seni di sini (Malaysia), banyak memberi saya peluang. Yang pasti, peluang pekerjaan di sini cepat berkembang. Tidak seperti di Bandung atau Jakarta, apabila seseorang artis wanita itu mahu diberi peluang yang banyak, rata-rata mereka terpaksa melakukan pekerjaan terkutuk, bahasa kurang ajar, mereka perlu menjual diri!," kata Wangi.

Sedia ditakdirkan jatuh cinta pada Zed

Pernah berlaku di negara kelahiran Wangi, produksi iklan mengadakan uji bakat mencari model untuk mempromosikan produk sabun, namun yang menyedihkan, kebanyakan gadis cantik yang menghadiri uji bakat berkenaan, diminta untuk berbogel dalam usaha mencari model terbaik, sebaliknya semua itu adalah taktik kotor produksi berkenaan, mereka gagal uji bakat, ramai gadis sekadar menjadi 'barang mainan' pemuas nafsu!

Kata Wangi, di Malaysia, cara bekerja lebih profesional, justeru apabila dia diberi peluang membintangi Impak Maksima - The Musical di Singapura, dia menganggapnya sebagai satu anugerah.

"Apabila sudah diberi peluang, saya harus kerja kuat, tidak boleh main-main. Saya tidak mahu mempersiakan peluang yang diberi," kata Wangi yang mengakui sudah putus cinta dengan pemuda senegaranya apabila jarak dan karier memisahkan kasih sayang mereka.

Katanya lagi, tumpuannya ketika ini ialah kepada karier, sekali gus dia tidak ada masa untuk pacaran.

Pun begitu, apabila diusik adakah dia bersedia untuk jatuh cinta dengan pemuda Malaysia lantaran kerap menjalin bekerjasama, lebih-lebih lagi dengan pasangannya dalam Impak Maksima - The Musical, Zed yang mengakui senang mendampinginya, Wangi pantas memberitahu: "Saya seronok berkawan dan bekerja dengan Zed, dia juga baik, tampan, kalau kami jatuh cinta, bagaimana ya, terserah saja..."

INFO: Zed Zaidi


•NAMA SEBENAR: Rozaidi Abdul Jamil

•TARIKH LAHIR: 27 Jun 1980

•KELUARGA: Anak kedua daripada empat beradik

•ASAL: Taman Sri Keramat, Kuala Lumpur

•FILEM: Bicara Hati, Sembilu 2005, Pontianak Menjerit dan Tentang Bulan

•DRAMA: Cinta Gila, Sembilu, Sembilu Kasih, Jula Juli Bintang Tiga, Remp-It vs Impak Maksima, Kurnia dan Irfan

•TEATER: Impak Maksima - The Musical di Istana Budaya (2008) dan Impak Maksima - The Musical di The Esplanade, Singapura (2009)

•KOMERSIAL: Toyota, Nike dan Adidas.

INFO: Wangi Julianda

•NAMA PENUH: Wangi Julianda Indra Meida

•TARIKH LAHIR: 22 Disember 1989

•KELUARGA: Anak sulung daripada dua beradik

•ASAL: Bandung, Indonesia

•PENDIDIKAN: Sarjana Pengurusan, Universiti Padjajaran, Bandung (kini cuti semester sehingga 2010)

•LAGU RUNUT BUNYI FILEM NIANG RAPIK THE MOVIE: Syurga Seketika (duet bersama Zizie AF7)

•ALBUM: Dibohongi, mengandungi sembilan lagu dihasilkan ketika berusia enam tahun

•PENCAPAIAN: Top 14, Dream Band Sejawa Bali (2006); Top 25, Indonesian Idol (2007); Top 30, Muzikal Drama terbitan Global TV Jakarta.

INFO: Impak Maksima - The Musical

•TARIKH: 17 & 18 Oktober 2009

•LOKASI: The Esplanade, Singapura

•MASA: 8 malam

•HARGA TIKET: $35, $40 dan $60

•PELAKON LAIN: Kamal Adli, Mardiana Alwi, Cat Farish, Adeep (Fabulous Cats), Dina (Malaysian Idol) dan Zizie AF7

•PENERBIT EKSEKUTIF: Den Wahab/Nora Tamam

•PENGARAH/PENULIS SKRIP: Ahmad Idham Ahmad Nadzri

•JURULATIH VOKAL: Cat Farish & Adeep.


•Lokasi: Istana Budaya, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur ()

•Terima kasih: Ketua Pengarah, Istana Budaya, Mohamed Juhari Shaarani.


Artikel lain:

•Nurul tak tolak jodoh
•Kembali bertaut?
•'Jangan pisahkan cinta kami'
•Pasrah dengan ketentuan
•Kebenaran akan terbukti
•Malaysia lubuk rezeki kami
•'Jangan lupa sejarah bangsa, negara'
•Tak mudah jatuh cinta
•Tak buru gelaran primadona
•Serik diasak kontroversi
•Mawi, Fara tak rasa tergugat
•Kamal & Intan memburu cinta baru
•Dynas kesal difitnah gugur kandungan
•2 remaja kejar impian
•Farawahida bongkar rahsia
•Faezah & Diana tak kejar glamor
•Fizo, Quaira mudah serasi
•Kontroversi tak bantu populariti
•Sedar populariti tak kekal lama
•'Saya amat cintai Fahrin'
•Tidak sia-siakan peluang
•Tak harap lelaki kaya
•Misha, Adam tak dapat dipisahkan
•Sarimah akui suami pemalu
•Bintang baru mula cecah awan
•Dulu meluat kini sayang
•Peminat tiup semangat
•Pesona karya cipta populariti
•Popular selepas kahwin
•Qal pengubat duka Nora
•Makin intim di luar lokasi
•Hayati tahajud cinta
•Satu matlamat
•Ashraf, Sherry harap bertemu jodoh
•Sazzy & Aishah idam cahaya mata
•Cinta Fizz, Almy makin hangat
•Irma serasi bersama Nabil
•Pernah digoda suami orang
•Bukan mudah pertahan populariti
•Saya minta maaf
•Zizie dilamun cinta dengan ahli politik
•Bekerja kuat untuk berubah
•Tunggu masa sesuai naik pelamin
•Rozita tak kemaruk hadiah VIP
•Heliza teringin untuk bercinta
•Linda tolak hubungan songsang
•Julia & Yusry kami sama-sama ego
•Scha diejek miliki 'suara jantan'
•Mesra tak bererti cinta
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails