Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Fizz kumpul keluarga besar


Anak kelima daripada sembilan beradik itu juga menegaskan, majlis sederhana itu yang menjadi rutinnya setiap tahun dapat menghimpunkan semua ahli keluarga, baik yang dekat mahupun yang jauh. Malah ia sekali gus merapatkan hubungan silaturahim sesama mereka.

Menurutnya yang kini popular menerusi drama Nur Kasih, kegembiraan sambutan Aidilfitri lebih dirasai dengan kehadiran semua ahli keluarga.

“Saya datang daripada keluarga besar yang mana keadaan menjadi riuh-rendah dan meriah jika kami berkumpul. Tambahan pula semua sanak saudara dapat meluangkan masa untuk turut hadir di majlis ini.

“Bayangkan, saya ada 13 anak saudara. Apabila semuanya ada, saya seronok melihat gelagat mereka.

“Keluarga saya ramai di sebelah utara dan Pahang tapi jarang bertemu disebabkan kesuntukan masa.

“Malah ibu saya banyak terpisah dengan keluarganya disebabkan jarak.

“Jadi apabila saya mengadakan majlis seperti ini dan menjemput mereka dengan pelbagai cara, termasuk ruang sesawang Facebook, semuanya dapat datang dan berkumpul,” katanya

Beberapa rakan artis turut hadir termasuk Mawi, Ekin, Along, Zila Saeron dan Anita Baharom. Bagaimanapun buah hatinya, Almy Nadia, tidak dapat hadir kerana terikat dengan jadual penggambaran.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails